Thursday 31 October 2013



Mesyuarat Agung kali Pertama
Koperasi Pandai Besi Pekan Darat Bhd

Tarikh   : 27 Okt 2013 (Ahad)
Masa    : 9.00 pagi 
Tempat : Bengkel Utama, Koperasi Pandai Besi Pekan Darat.


Perasmian oleh Tn Hj. Ahmad Shukri bin Nordin - Penolong Pengurus Kanan (Pembangunan Usahawan) I, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang



Pameran sempena Mesyuarat Agong Kali 1- Koperasi Pandai Besi Pekan Darat, Pulau Pinang.










Pembangunan Semula Warisan Pandai Besi Pekan Darat

Print
Pekan Darat, SPU, 16 Mac 2013
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan untuk membangunkan semula perusahaan pandai besi di Pekan Darat, Seberang Perai Utara. Peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) ini merupakan langkah menambah baik dan memberi imej baru kepada perusahaan warisan yang telah berusia 172 tahun.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merangkap Pengerusi MPBPP berkata, perusahaan pandai besi di Pekan Darat ini berupaya memberi impak sosial ekonomi kepada penduduk setempat.
Tambah beliau lagi, peruntukan yang disalurkan ini merangkumi kerja menaik taraf dan membina bengkel tambahan, kemudahan infrastruktur, penyediaan mesin dan peralatan, galeri pameran dan kursus-kursus yang berkaitan untuk penguasa besi di bawah Koperasi Pandai Besi Pekan Darat Seberang Perai Bhd.
Bercakap di Majlis Pelancaran Warisan Pandai Besi anjuran MPBPP dan PERDA, beliau yakin perusahaan ini dapat membantu memberi pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan juga berpotensi menjadi produk pelancongan yang baru untuk negeri ini.
Turut hadir di majlis ini ialah YB Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group Pembangunan Usahawan,  YB Dato’ Hajah Jahara Abdul Hamid, Adun Teluk Air Tawar, YB Dato’ Jasmin Mohamed, Adun Sungai Dua dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta penduduk setempat.